|
PRESS RELEASE
STATE VISIT BY HIS EXCELLENCY HU JINTAO,
THE PRESIDENT OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA AND
MADAM LIU YONGGING TO MALAYSIA,
10 – 11 NOVEMBER 2009
His Excellency Hu Jintao, President of the People’s Republic of China (PRC) is scheduled to make a State Visit to Malaysia from 10 to 11 November 2009 at the invitation of His Majesty Yang di-Pertuan Agong. H.E President Hu Jintao will be accompanied by his wife Madam Liu Yongqing and a 140 member official entourage.
2. Malaysia and China enjoy warm and friendly relations. The visit will certainly enhance and strengthen further bilateral cooperation. H.E President Hu Jintao last visited Malaysia in April 2002, when he was the Vice President of the PRC.
3. 2009 marks the 35th Anniversary of the establishment of diplomatic relations between Malaysia and China. A year long celebration including the official visit of the Honorable Prime Minister to China on 2 – 5 June 2009 highlighted the significance of the occasion. The President’s visit marks yet another milestone in the development of diplomatic relations between Malaysia and China, since the establishment of diplomatic relations in 1974.
4. H.E President Hu Jintao will be officially welcomed at the Parliament Square, followed by an audience with His Majesty Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong XIII at the Istana Negara. His Majesty will host a State Banquet in honour of the President and Madam Liu Yongqing on 10 November 2009.
5. There will be a bilateral meeting between the President and the Prime Minister of Malaysia. The President will also attend a lunch hosted by the Honourable Prime Minister.
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
PUTRAJAYA
5 November 2009
KENYATAAN AKHBAR
LAWATAN NEGARA T.Y.T HU JINTAO,
PRESIDEN REPUBLIK RAKYAT CHINA (RRC) DAN P.Y.T LIU YONGQING
KE MALAYSIA, 10-11 NOVEMBER 2009
T.Y.T Hu Jintao, Presiden Republik Rakyat China (RRC) akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada 10 dan 11 November 2009 di atas jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. T.Y.T Hu Jintao akan diiiringi oleh isteri beliau, P.Y.T Liu Yongqing dan delegasi rasmi seramai 140 orang.
2. Malaysia dan China mempunyai jalinan hubungan dua hala yang erat dan mesra. Lawatan Negara T.Y.T Hu Jintao ke Malaysia akan mengeratkan dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara. Sebelum ini, T.Y.T Hu Jintao pernah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada April 2002, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Naib Presiden RRC.
3. Tahun 2009 juga merupakan ulang tahun yang ke-35 hubungan diplomatik antara Malaysia dan RRC. Sempena ulang tahun hubungan antara Malaysia dan RRC yang ke-35 ini, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat lawatan rasmi ke RRC pada Jun 2009 yang lalu. Sehubungan itu, lawatan T.Y.T Hu Jintao merupakan satu lagi mercu tanda dalam jalinan dua hala antara Malaysia dan RRC semenjak tahun 1974.
4. T.Y.T Hu Jintao akan diraikan dalam Majlis Sambutan Rasmi di Parlimen dan diikuti dengan pertemuan bersama DYMM SBP Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara. T.Y.T Hu Jintao dan P.Y.T Liu Yongqing akan diraikan dalam satu Majlis Santapan Negara pada 10 November 2009.
5. Selain itu, satu mesyuarat dua hala akan diadakan di antara T.Y.T Hu Jintao dan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Y.A.B Perdana Menteri juga akan meraikan T.Y.T Hu Jintao di satu majlis makan tengah hari.
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
PUTRAJAYA
5 November 2009 |