HARI MALAYSIA DI MOHAMEDIA
Semua
pelajar Malaysia di Maghribi berganding tangan menganjurkan "Hari
Malaysia" di Universiti Hassan Dua, Mohammedia, Maghribi dari 21-22 Februari
2008. Program yang julung kali dianjurkan di institusi pengajian tinggi di
Maghribi oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi dengan kerjasama
Kedutaan Besar Malaysia di Rabat dan juga Universiti Hassan Dua, Mohamedia
telah cuba mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan dinamik
menerusi pameran pelancongan, pendidikan, kraftangan dan juga perdagangan.
"Hari Malaysia" telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia di Rabat,
TYT Othman Samin. Naib Presiden Universiti, Prof. Dr. Nabil Bencha Kroun hadir
mewakili Presiden Universiti, Prof. Dr. Rahma Bourqia. Encik Shushili Azam
Shuib dari Pusat Promosi Pendidikan Malaysia di Dubai telah membuat persembahan
dalam Bahasa Arab mengenai pendidikanMalaysia. Turut hadir ialah En. Mohd Puat
Yusof , Pemangku Pengarah, Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah.
2. Gerai pameran dikerumuni oleh para pelajar
universiti selama dua hari dan dewan penuh sesak bila para pelajar membuat
persembahan kebudayaan Malaysia. Antara yang dipersembahkan ialah tarian zapin,
pencak silat, peragaan pakaian Malaysia, nasyid dan dikir barat.
|