Selepas menjayakan “Hari Malaysia” di Universiti Hassan II,
Mohamedia, Maghribi anjuran Persatuan
Mahasiwa Malaysia di Maghribi pada 21-22 Februari 2008, satu lagi “Hari
Malaysia” telah dianjurkan oleh pelajar Ecole Hassaniah des Travaux Publics
(Sekolah Kerja Awam Hassaniah), Casablanca pada 26 Mac 2008. Antara tumpuan
pada hari berkenaan ialah ceramah “Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan
Pendidikan” oleh Ustaz Wifaq, pelajar Malaysia calon kedoktoran dan ceramah “Rahsia
Kejayaan Malaysia” oleh Professor Ketani, ahli akademik Maghribi, pameran
pelancongan dan kebudayaan dan persembahan kebudayaan oleh pelajar
Malaysia. Duta Besar Malaysia, TYT
Othman Samin, telah merasmikan program tersebut.
|