Nasyid persembahan pelajar Malaysia berkumandang di “Le
Plus Grand Buffet des Plats du Monde” di Rabat pada 26 April 2008 anjuran Le
Noble, sebuah syarikat sajian makanan terbesar dengan disertai oleh 21 buah negara.
Di samping persembahan nasyid, Malaysia
juga menyumbangkan masakan sate untuk semua tetamu. Malaysia juga mempromosi pelancongan dan kraftangan di sudut pameran. Negara-negara peserta yang lain seperti Romania
dan Angola membawa kumpulan kebudayaan dari negara masing-masing.
|