Berita dari Kedutaan Besar
Malaysia di Rabat 1. Malawakil
Rabat menjuarai Kejohanan Sukan Tahunan Rabat dan Madrid yang pertama di Rabat,
19 - 21 Jun 2008. Malawakil Madrid
terdiri dari HBS dan LRS diketuai oleh TYT Datuk Naimun Ashakli Mohammed,
sementara Malawakil Rabat diketuai oleh TYT Othman Samin. Ini merupakan kejohanan sukan di antara dua
perwakilan di dua benua yang julung kali diadakan. Malawakil Rabat memenangi perlawanan bola
tampar dan bowling, sementara Malawakil Madrid memenangi perlawanan tenis meja.
2. Seramai
21 orang usahawan bumiputera muda menyertai Pameran `Pengeluaran Makanan dari Malaysia’ di Casablanca mulai 11 Jun 2008
hingga 14 Jun 2008 dibawah tajaan
MARA. Di satu majlis makan tengahari di
Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat, TYT Othman Samin, tiga buah
syarikat telah menandatangani MoU dengan rakan niaga mereka dari Maghribi. Tiga buah syarikat Malaysia itu ialah Agrobase Industries, Entrepreneurs Consortium Sdn.Bhd. (KOMITA)
dan ITA Produk telah menandatangani
dengan syarikat Maghribi ialah Golden
Bridge. Ini merupakan satu lembaran
baru bagi peniaga bumiputera Malaysia dalam memperluaskan pasaran di Maghribi.
3. Sempena
sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 7 Jun 2008 di Kediaman
Rasmi Duta Besar Malaysia di Rabat, rakyat Malaysia telah sepakat menubuhkan
Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi.
Di Mesyuarat Agong penubuhan itu, Haji Baharin Ayob, Presiden Kumpulan Al-Hidayah
telah dipilih sebagai Presiden.
|