|
PENGUMUMAN TABUNG BENCANA KEMENTERIAN LUAR NEGERI Sejak kebelakangan ini, rantau ini telah dilanda berbagai bencana alam yang membawa kemusnahan yang amat dahsyat. Bencana tsunami di Acheh, gempa bumi di Iran, Pakistan dan Indonesia, banjir di India, Bangladesh dan Korea Utara serta taufan di Myanmar telah meragut beribu-ribu nyawa dan mengakibatkan kemusnahan harta-benda yang dianggarkan berjumlah berbilion ringgit. Atas dasar keprihatinan dan simpati terhadap mangsa-mangsa bencana ini, Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh negara dan mangsa-mangsa bencana alam di mana-mana sahaja. KLN mengalu-alukan sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia kepada Tabung Bencana ini pada bila-bila masa. Sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri melalui cek atas nama “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri”. Alamat dan pegawai perhubungan untuk sumbangan tersebut adalah seperti berikut: Puan Zaitun bt. Hj. Ibrahim Ketua Akauntan Kementerian Luar Negeri No. 1, Jalan Wisma Putra Presint 2 62602 PUTRAJAYA Tel : 03-88874251 , 03-88892924 E-mail :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
|