pre
ENIWETOK SAMOA HAWAII ALASKA PACIFIC TIME
MOUNTAIN TIME CENTRAL TIME EASTERN TIME ATLANTIC TIME BRAZILIA
MID-ATLANTIC AZORES GREENWICH MEAN TIME ROME MOSCOW
BAKU NEW DELHI DHAKA  BANGKOK HONG KONG
TOKYO SYDNEY MAGADAN WELLINGTON
Next
  Corporate Information

 

Sejarah penubuhan suruhanjaya tinggi malaysia

di negara brunei darussalam

 

Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam secara rasmi bermula apabila Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan dari Kerajaan British pada 23 Februari 1984. Sebagai negara jiran yang mempunyai banyak persamaan, Malaysia adalah di antara negara yang awal menjalin hubungan diplomatik dengan Negara Brunei Darussalam.

 

Sejarah awal penubuhan Suruhanjaya Tinggi Malaysia ini bermula apabila, Pejabat Perwakilan Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah ditubuhkan pada bulan Disember 1981 sebelum Negara Brunei mencapai kemerdekaan. Pada ketika itu ia dinamakan Pejabat Wakil Kerajaan Malaysia dan beroperasi di Hotel Sheraton Utama di Bandar Brunei. Pada tahun 1982, namanya ditukar kepada Suruhanjaya Malaysia dan seterusnya Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada tahun 1984. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang pertama adalah TYT Dato’ Zainal Abidin bin Ibrahim.

 

Setelah beberapa tahun menduduki bangunan yang disewa, bangunan Canseri dan Residen atau Rumah Malaysia telah mula dibina bermula pada  tahun 2003 di atas dua lot tanah yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1985. Bangunan Canseri dan Residen telah siap dibina pada tahun 2002 dan operasi dari bangunan baru ini secara rasminya telah bermula pada 20 Januari 2003.  Suruhanjaya Tinggi Malaysia Malaysia juga adalah merupakan perwakilan asing yang pertama beroperasi di kawasan kejiranan diplomatik (diplomatic enclave) ini.

 

Dari segi perjawatan pula, STM mempunyai seramai 32 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada 14 (HBS – Home Based Staff) dan 28 orang kakitangan ambil tempatan (KAT). Jumlah ini adalah termasuk Pejabat Tourism Malaysia (Brunei).

 

Selain daripada memelihara, mempertingkat dan memantapkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam, Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga turut berfungsi bagi menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Malaysia yang berada di Negara Brunei Darussalam dan perkhidmatan memproses visa kepada rakyat asing yang memerlukan.

 
 
 

 

 

 

MAIN MENU