pre
ALGERIA  ARGENTINA  AUSTRALIA  AUSTRIA  BAHRAIN 
BANGLADESH  BELGIUM  BOSNIA-HERZEGOVINA  BRAZIL  BRUNEI 
CAMBODIA  CANADA  CHILE  CHINA  CROATIA  CUBA 
CZECH  EGYPT  FIJI  FINLAND  FRANCE  GERMANY 
GHANA  GUINEA  HUNGARY  INDIA  INDONESIA  IRAN 
IRELAND  ITALY  JAPAN  JORDAN  KAZAKSTAN 
KENYA  KUWAIT  LAO PEOPLE'S DEMOCRATIC REPUBLIC  LEBANON 
LIBYAN ARAB JAMAHIRIYA  MALAYSIA  MEXICO  MOROCCO 
MYANMAR  NAMIBIA  NEPAL  NETHERLANDS  NEW ZEALAND 
NIGERIA  NORTH KOREA  OMAN  PAKISTAN  PAPUA NEW GUINEA 
PERU  PHILIPPINES  POLAND  QATAR  REPUBLIC OF KOREA 
ROMANIA  RUSSIAN FEDERATION  SAUDI ARABIA  SENEGAL  SERBIA 
SINGAPORE  SOUTH AFRICA  SPAIN  SRI LANKA  SUDAN 
SWEDEN  SWITZERLAND  SYRIAN ARAB REPUBLIC  TAIWAN 
THAILAND  TIMOR-LESTE  TURKEY  UKRAINE 
UNITED ARAB EMIRATES  UNITED KINGDOM  UNITED STATES 
UZBEKISTAN  VENEZUELA  VIETNAM  YEMEN  ZIMBABWE 
Next

  MIssion Info
 
Address: Unit 01, Block B - 9th Floor
Dawning Centre, No. 500 Hongbaoshi Road
Changning District
201103
Shanghai
    Host Country:
new window China
   
Telephone: +86 21 60900360
+86 21 60900390 (Passport & Visa)
+86 136 01754473 (After Office Hours)
Fax: +86 21 60900371 (Consulate General), +86 21 60900398 (Passport & Visa)
Email: mwshanghai@kln.gov.my
 
   
GMT: + 8 hrs  
   
Work days: Monday - Friday 9.00 a.m - 5.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday
  What's New
« Back

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2017 DI SUZHOU, JIANGSU ANJURAN MALAYSIA ASSOCIATION IN JIANGSU (MAJU), 16 SEPTEMBER 2017

Persatuan Malaysia di Wilayah Jiangsu (Malaysia Association in Jiangsu – MAJU) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Malaysia 2017 di Suzhou, Wilayah Jiangsu, Republik Rakyat Cina pada 16 September 2017. Penganjuran majlis tersebut turut mendapat sokongan oleh syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di Wilayah Jiangsu.

 

2.         Majlis Sambutan Hari Malaysia ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh MAJU. Seperti lazimnya, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, bersama wakil agensi-agensi Kerajaan Malaysia di Shanghai (Jabatan Imigresen, MATRADE, MIDA dan Tourism Malaysia) telah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan tersebut.

 

3.         Majlis Sambutan Hari Malaysia 2017 ini dihadiri oleh seramai kira-kira 550 orang. Kebanyakan para hadirin terdiri daripada warganegara Malaysia yang sedang menetap di sekitar Wilayah Jiangsu, termasuk pedagang, peniaga, suri rumah serta pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti sekitar Wilayah Jiangsu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Friends of Malaysia yang telah menjalinkan hubungan rapat dengan rakyat Malaysia di sekitar Wilayah Jiangsu.

 

4.         Majlis sambutan tersebut bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam, di mana para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai makanan Malaysia seperti nasi ayam, satay, laksa, sayur campur dan rojak.  Di samping itu, tetamu juga dihidangkan dengan kuih muih Malaysia dan pelbagai manisan tradisional yang lain seperti teh tarik. Sepanjang majlis sambutan tersebut, para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh anak-anak Malaysia dalam linkungan umur 8-14 yang menetap di Suzhou, Wilayah Jiangsu.

 

5.         Semasa menyampaikan ucapan pembukaan, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai telah menekankan kepentingan perpaduan di antara semua rakyat Malaysia dan keharmonian masyarakat yang telah mendorong kepada pembangunan pesat di Malaysia selama ini. Konsul Jeneral turut menyentuh aspek hubungan dua hala di antara Malaysia dan China yang semakin erat, serta peluang-peluang perdagangan dan pelaburan baru melalui Belt and Road Initiative yang boleh diterokai oleh usahawan-usahawan Malaysia di China.

 

6.         Sehubungan ini, Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedia memberikan bantuan kepada semua rakyat Malaysia dan berharap agar pihak Konsulat Jeneral dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia di sekitar Wilayah Jiangsu kelak.

 

7.         Majlis Sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan di Suzhou setiap tahun ini merupakan inisatif MAJU yang bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim sesama warganegara Malaysia di sekitar Wilayah Jiangsu.

 

8.         Dari pihak Konsulat Jeneral, majlis tersebut merupakan peluang yang baik untuk mendampingi serta memupuk hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia yang menetap di sekitar Wilayah Jiangsu. Pada tahun-tahun sebelum ini, Majlis Sambutan Hari Malaysia di Suzhou ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan seperti Tan Sri Ong Ka Ting, Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke China dan Dato’ Seri Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai.

 

9.         Sehubungan ini, Malawakil berpandangan bahawa pihak Konsulat Malaysia boleh terus menyokong penganjuran majlis seumpama sebagai salah satu program mendampingi rakyat Malaysia serta sebagai sokongan kepada Persatuan Malaysia di luar negara.

 

Konsulat Jeneral Malaysia

SHANGHAI

 

21 September 2017

 

 

 

 

 

 

 

 


« Back
  Press Statements/Releases

Press Statements/Releases


Press Statements/Releases

  Speeches
  Events

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2017 DI SUZHOU, JIANGSU ANJURAN MALAYSIA ASSOCIATION IN JIANGSU (MAJU), 16 SEPTEMBER 2017


image Persatuan Malaysia di Wilayah Jiangsu ( Malaysia Association in Jiangsu – MAJU) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Malaysia 2017 di Suzhou, Wilayah Jiangsu, Republik Rakyat Cina pada...

Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017


image Konsulat Jeneral Malaysia, Shanghai telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara di Shanghai pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Xinghongqiao Central Garden (Yili Park),...

  Announcements
  News

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS DI LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B UNTUK PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-14


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan pada 23 Januari 2018 bahawa Permohonan Undi Pos bagi rakyat Malaysia di luar negara telah dibuka pada 23 Januari 2018.   ...

Working Visit of YBhg. Tan Sri Kong Cho Ha, Chairman of Port Klang Authority to Shanghai, 27 - 30 March 2018


image   Event : Working Visit of YBhg. Tan Sri Kong Cho Ha, Chairman of Port Klang  Authority to Shanghai   Date : 27 - 30 March 2018         ...


MAIN MENU
  assistant registrar

  • MOHAMAD RIDZUAN BIN ZAINON

  • NOORUL AMILIN ABDUL AZIZ

TEL NO :

+8621 6090 0360 

 

E-MAIL :

mwshanghai@kln.gov.my

 

 

  related links
GALLERY

 

 

 

 

 

spacer

e-Consular

 

foreign minister

deputy foreign minister

enquiries