History History

 

SENARAI DUTA BESAR MALAYSIA YANG PERNAH BERKHIDMAT KE KAHERAH

 
1.  TYT Ghazali Hj Jawi (1960 - 1963)
2.  TYT Tuanku Jaafar Ibni Tuanku Abdul Rahman (1963 - 1965)
3.  TYT Tan Sri Yaacob Abdul Latif (September 1965-Oktober 1967)
4.  TYT Tan Sri Abudl Rahman Hj. Talib (Januari-Oktober 1968)
5.  TYT Tan Sri Abdul Hamid Hj. Jumat (Januari 1969-November 1970)
6.  TYT Hj. Abdul Khalid Awang Osman (Januari 1971-Mac 1974)
7.  TYT Dato' Shahuddin Mohd Taib (Mei 1974-Disember 1977)
8.  TYT Hj. Hassan Adli Bin Hj. Arshad (November 1978-Oktober 1981)
9.  TYT Dato' Abdullah Zawawi Hj. Mohamed (Oktober 1982-Mac 1986)
10. TYT Raja Dato' Mansur Bin Raja Razman (Januari 1987-1991)
11. TYT Dato' Zainal Azman Bin Zainal Abidin (November 1991- November 1995)
12. TYT Dato' Abdul Rahman Bin Rahim (Jun 1996-November 1997)
13. TYT Dato' M.N. Hj. Azman (Mac 1998-Januari 2001)
14. TYT Dato' Abu Bakar Daud (Februari 2001-Jun 2004)
15. TYT Dato' Zainal Abidin Ab. Kadir (Mei 2005-Mei 2009)
16. TYT Dato' Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti (Ogos 2010-Julai 2013)
17. TYT Dato' Ku Jaafar Ku Shaari (September 2013-Mac 2017)
18. TYT Mohd Haniff Abd Rahman (Mac 2018-kini)
 

 

 

LATAR BELAKANG

 

 

1.         Malaysia telah menubuhkan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah di peringkat Duta Besar pada tahun 1960 dengan TYT Ambassador Ghazali Haji Jawi sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir yang pertama. Mesir pula menubuhkan Kedutaan Besarnya di Kuala Lumpur pada tahun 1959.
 
2.         Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah pernah ditempatkan di El Masahah Square, Dokki, Cairo (dari 1960 hingga 1974), No. 7 Wadi El Nil Street, Mohandissine, Cairo (dari 1974 hingga 1994), 29 Taha Hussein St, Zamalek, Cairo (dari 1994 hingga 2000) dan di 21 El Aanab Street, Mohandessine, Cairo mulai 2000 sehingga kini.
 
3.         Agensi-agensi Kerajaan lain yang turut beroperasi di Republik Arab Mesir adalah:-
 
(i) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
(ii) Education Malaysia Egypt (EME)
(iii) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(iv) Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
(v) Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB)
(vi) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
(vii) Kedah (Majlis Agama Islam Kedah)
(viii) Selangor (Jabatan Agama Islam Selangor)
(ix) Wilayah Persekutuan (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)
(x) Negeri Sembilan (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)
(xi) Melaka (Pejabat Ketua Menteri Melaka)
(xii) Johor (Majlis Agama Islam Johor)
(xiii) Pahang (Yayasan Pahang)
(xiv) Terengganu (Yayasan Terengganu)
(xv) Sabah (Yayasan Sabah)
(xvi) Kelantan (Yayasan Islam Kelantan)
(xvii) Perak (Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak)
 
 4.         Selain di Kaherah, pegawai MARA juga bertanggungjawab menguruskan pendidikan/ hal ehwal pelajar di Iskandariah.