History History


1.                  LATARBELAKANG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI FIJI

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Suva telah ditubuhkan pada tahun 1982 dengan perlantikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang pertama. Pentauliahan serentak ke negara Kiribati, Tonga Dan Tuvalu telah dilaksanakan pada tahun yang sama. Pada tahun 1998, Suruhanjaya ini telah ditaulihkan ke Negara Nauru.

 

Penubuhan Suruhanjaya ini pada mulanya bertujuan untuk mengadakan perhubungan diplomatik secara formal dengan Fiji dan negara-negara yang ditauliahkan serentak di kawasan Pasifik Selatan sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menguatkan Kerjasama Selatan – Selatan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memperluaskan pemasaran dan pelaburan luar negeri Malaysia ke rantau Pasifik yang merupakan jiran terbesar dan terdekat kepada ASEAN.