Skip to Content
MISSION INFO
Address:
2 bis rue Benouville 
 
Paris
Telephone: 00 33 1 45 53 11 85
00 33 6 32 44 65 71 - after office hours 
Fax: 00 331 47 27 34 60
Email: mwparis@kln.gov.my / paris.consular@kln.gov.my (consular matters)
GMT: + 1 hrs (Winter), + 2 hrs (Summer)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m / Consular Section : 9.30 a.m - 12:30 p.m
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

news from mission news from mission

Back

DAFTAR DIRI DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BILA DI LUAR NEGARA

Pepatah ada mengatakan 'malang tidak berbau'. Apabila berlaku sebarang kecelakaan di luar negara seperti bencana alam atau serangan pengganas, pihak Kedutaan Besar Malaysia akan menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran kawasan kejadian bagi mendapatkan maklum balas mengenai keselamatan mereka. Namun, tanpa rekod pendaftaran - agak mustahil untuk kami mendapatkan maklum balas tersebut.

 

Oleh itu, jangan lupa untuk daftarkan diri anda dengan Kedutaan Besar Malaysia di Perancis melalui pautan berikut: 

https://ekonsular.kln.gov.my/en/

 

Secara alternatif, keberadaan tuan / puan boleh dimaklumkan melalui emel di alamat paris.consular@kln.gov.my

 

Pastikan nama, nombor telefon, alamat di Perancis dan butiran ahli keluarga / rakan terdekat yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan (nama, hubungan dan nombor telefon) disertakan bersama di dalam e-mel.

 

Dalam perancangan perjalanan, pastikan pihak Kedutaan bukan 'last resort' apabila berlaku kecemasan, sebaliknya anggaplah pendaftaran sebagai 'insurans percuma' yang perlu diambil sebelum ke luar negara.

 

Akhir kata, selamat melancong!

 

Kedutaan Besar Malaysia

 

Paris