Back

PRESS RELEASE: GEMPA BUMI DI BANTEN, INDONESIA

GEMPA BUMI DI BANTEN, INDONESIA

 

Gempa bumi berkekuatan 7.4 skala Ritcher telah dilaporkan berlaku di perairan 147 kilometer Barat Daya Banten, Indonesia pada 2 Ogos 2019 jam 7.03 malam (waktu tempatan). Gegaran turut dirasai di beberapa daerah di Banten, Bengkulu, Jawa Barat, dan Lampung. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi tersebut, namun telah menarik semula amaran tersebut pada jam 9.35 malam (waktu tempatan).

 

Setakat ini, Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkesan akibat bencana itu. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta masih lagi menunggu laporan daripada pihak berkuasa tempatan di Indonesia dan akan sentiasa memantau perkembangan kejadian ini. Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

 

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta seperti berikut:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JAKARTA

Jalan H.R. Rasuna Said

Kav. X/6 No 1-3, Kuningan

Jakarta Selatan, 12950

Republik Indonesia

 

Tel.                          :         +622 522 4947 dan +62 813 8081 3036

E-mel                      :         mwjakarta@kln.gov.my

 

WISMA PUTRA      :         03-8887 4570 (selepas waktu bekerja) 

03-8887 4530

 

PUTRAJAYA

2 OGOS 2019