Back

SIARAN AKHBAR : KEJADIAN LETUPAN DI MINDANAO, REPUBLIK FILIPINA

KEJADIAN LETUPAN DI MINDANAO, REPUBLIK FILIPINA

 

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian keganasan yang melibatkan sebuah Gereja di Jolo, Sulu pada 27 Januari 2019 serta Masjid Maharlika di Zamboanga City pada 30 Januari 2019 yang telah menyebabkan tragedi kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap insan yang tidak bersalah termasuk askar dan orang awam.

 

Kerajaan Malaysia ingin merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Filipina dan keluarga mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut serta berharap mereka yang cedera akan segera pulih.

 

Kementerian Luar Negeri Malaysia ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan tersebut.

 

Kementerian juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Filipina, khususnya di Selatan Filipina supaya lebih berhati-hati, sentiasa peka dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Konsulat Jeneral Malaysia di Davao seperti maklumat berikut:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANILA

107, Tordesillas Street,

Salcedo Village,

Makati City,

1227 Filipina

Tel: +63 2 662 8200

+63 917 864 0761 (selepas waktu bekerja)

E-mel: mwmanila@kln.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DAVAO

Tingkat 2, Bangunan Usman,

Diho Subdivision Road,

Buhangin, Davao City

8000 Filipina

Tel: +63 82 221 4050

        +63 936 9684001

E-mel: mwdavao@kln.gov.my

 

Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila serta Konsulat Jeneral Malaysia di Davao sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan Filipina dan sedang memantau perkembangan terkini di Selatan Filipina.

 

 

PUTRAJAYA

30 Januari 2019