Back

PRESS RELEASES: PERKEMBANGAN TERKINI KES KEMATIAN WARGANEGARA MALAYSIA DI AFGHANISTAN

PERKEMBANGAN TERKINI KES KEMATIAN

WARGANEGARA MALAYSIA DI AFGHANISTAN

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak berkuasa Afghanistan telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia yang ditemui mati di Kabul pada hari Khamis, 2 Ogos 2018.

 

Pihak majikan mangsa, Sodexo iaitu syarikat Perancis yang berpangkalan di Afghanistan telah memaklumkan perkara ini kepada anak beliau yang menetap di Filipina. Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang bekerjasama rapat dengan pihak majikan mangsa bagi menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

 

Kementerian Luar Negeri menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa atas pemergian beliau.

 

 

 

PUTRAJAYA

 

3 Ogos 2018