Back

SIARAN AKHBAR : GEMPA BUMI DI CALAYAN, CAGAYAN, FILIPINA

GEMPA BUMI DI CALAYAN, CAGAYAN, FILIPINA

 

Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilaporkan telah melanda kawasan Calayan, di Cagayan, Filipina pada 24 Januari 2019. Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.

 

Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan tersebut adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta laporan cuaca tempatan. Memandangkan situasi masih belum stabil, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak berkepentingan ke kawasan tersebut dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

 

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao seperti maklumat berikut:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANILA

107, Tordesillas Street,

Salcedo Village,

Makati City,

1227 Filipina

Tel: +63 2 662 8200

+63 917 864 0761 (selepas waktu bekerja)

E-mel: mwmanila@kln.gov.my

 

 

 

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DAVAO

Tingkat 2, Bangunan Usman,

Diho Subdivision Road,

Buhangin, Davao City

8000 Filipina

Tel: +63 82 221 4050

        +63 936 9684001

E-mel: mwdavao@kln.gov.my

 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa.

 

PUTRAJAYA

25 Januari 2019