Back

SIARAN AKHBAR : GEMPA BUMI DI SUMATERA BARAT, INDONESIA

GEMPA BUMI DI SUMATERA BARAT, INDONESIA

Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 skala Richter dilaporkan telah melanda Pariaman, Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada hari Ahad, 23 Disember 2018 jam 9:03 malam (waktu tempatan).  

 

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Padang, Sumatera Barat bagi memastikan keselamatan mereka.

 

Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini. Rakyat Malaysia juga diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

 

Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Sumatera Barat yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menerusi emel mwmedan@kln.gov.my atau nombor telefon     +62614531342.

 

PUTRAJAYA

24 Disember 2018