Back

SIARAN AKHBAR : KEMATIAN MANGSA CULIK WARGANEGARA MALAYSIA DI FILIPINA

KEMATIAN MANGSA CULIK WARGANEGARA MALAYSIA DI FILIPINA

 

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Encik Jari Bin Abdullah telah meninggal dunia di West Metro Medical Centre, Zamboanga City, Mindanao, Filipina pada hari Selasa, 9 April 2019 jam 1.17 petang waktu tempatan.

 

Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City telah dihantar ke Zamboanga sejak 5 April 2019 bagi memantau keadaan mangsa di samping menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga beliau. Beliau juga sedang meyempurnakan urusan supaya jenazah mangsa di bawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Jenazah mangsa dijadual diterbangkan pulang ke Malaysia pada hari Khamis, 11 April 2019 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada hari Jumaat, 12 April 2019 jam 7.45 pagi.

 

Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan serta pihak berkuasa Filipina di atas usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa sejak beliau diculik pada 6 Disember 2018. Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian beliau. 

 

 

PUTRAJAYA

10 APRIL 2019