Back

SIARAN AKHBAR : KENYATAAN AKHBAR MENGENAI GAMBAR-GAMBAR YANG MENGHINA IMEJ SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DI MEDIA SOSIAL

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI GAMBAR-GAMBAR YANG MENGHINA IMEJ SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DI MEDIA SOSIAL

 

Saya merujuk gambar-gambar yang dihebahkan melalui media sosial yang memaparkan wajah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disunting dalam keadaan yang menghinakan.

 

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan mencaci dan menghina imej Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

Sehubungan ini, saya meminta supaya supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dengan segera dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang melakukan perbuatan pengkhianatan ini.

 

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti meneruskan komitmen untuk menegakkan dan mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Hasrat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memenuhi maksud Perjanjian Malaysia 1963 adalah selaras dengan komitmen ini.

 

PUTRAJAYA

12 APRIL 2019