Back

SIARAN AKHBAR : KENYATAAN ENCIK ARJUN SAMPTH PRESIDENT OF HINDU PEOPLE’S PARTY MENGENAI INSIDEN PERBALAHAN YANG BERLAKU DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN, SEAFIELD, SUBANG JAYA

KENYATAAN ENCIK ARJUN SAMPTH

PRESIDENT OF HINDU PEOPLE’S PARTY

MENGENAI INSIDEN PERBALAHAN YANG BERLAKU

DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN, SEAFIELD, SUBANG JAYA

 

 

Pada 28 November 2018, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India telah menerima Memorandum daripada Encik Arjun Sampth, President of Hindu People’s Party atau lebih dikenali sebagai Hindu Makkal Katchi yang merupakan sebuah parti politik yang kecil berhaluan kanan dan ekstremis di daerah Tamil Nadu, India.

 

Memorandum tersebut secara dasarnya mengutuk insiden perbalahan di kuil Sri Maha Mariamman dengan menyatakan bahawa seramai 200 orang pengganas Islam telah membuat serangan ke atas kuil serta penganut Hindu yang cuba mempertahankan kuil tersebut.  Memorandum tersebut mendakwa Kerajaan Malaysia bersikap berat sebelah terhadap penganut Hindu di Malaysia selain menyalahkan Kerajaan Malaysia kerana tidak mengambil sebarang tindakan berhubung insiden tersebut.

 

YAB Perdana Menteri semasa di Parlimen telah menyatakan dengan jelas bahawa insiden perbalahan tersebut merupakan kes jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.  Pihak Polis Diraja Malaysia turut telah menahan 30 individu yang terlibat dengan insiden perbalahan tersebut.

 

Sehubungan ini, Kerajaan Malaysia memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Hindu Makkal Katchi tanpa usul periksa yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat untuk mengeruhkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan India.  Melalui perbincangan di antara Kementerian Luar Negeri dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, beliau telah memberikan jaminan bahawa Kerajaan India menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini dan tidak akan mencampuri urusan dalaman Kerajaan Malaysia.

 

 

 

PUTRAJAYA

1 Disember 2018