Back

SIARAN AKHBAR : MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017 DAN JASAMU DIKENANG 2018 1 NOVEMBER 2018

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017

DAN JASAMU DIKENANG 2018

1 NOVEMBER 2018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Jasamu Dikenang 2018 Kementerian Luar Negeri telah diadakan di Wisma Putra, Putrajaya pada 1 November 2018. Majlis tahunan ini dirasmikan oleh Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Hj. Marzuki Hj. Yahya, pegawai-pegawai kanan serta warga Kementerian Luar Negeri. Seramai 108 penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2017 dan 40 penjawat awam yang bersara pada tahun 2018 telah diraikan dalam majlis tersebut. Kesemua penerima ini merangkumi penjawat-penjawat awam Kementerian yang bertugas di dalam dan luar Negara.

 

Kementerian mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat kepada semua penjawat awam di Kementerian ini untuk terus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam memberikan khidmat yang terbaik. Bagi pesara pula, Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kepada Kementerian dan negara.

 

PUTRAJAYA

1 November 2018