Back

SIARAN AKHBAR : PERKEMBANGAN TERKINI BENCANA GEMPA BUMI DI LOMBOK TIMUR, INDONESIA

PERKEMBANGAN TERKINI BENCANA GEMPA BUMI DI LOMBOK TIMUR, INDONESIA

 

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai dua orang warganegara Malaysia, Datin Tai Siew Kim dan Puan Lim Sai Wah telah terkorban dalam bencana gempa bumi berskala 5.8 Richter yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada hari Ahad, 17 Mac 2019.

Sehingga kini, seramai tujuh orang warganegara Malaysia yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital tempatan manakala 13 orang warganegara Malaysia yang lain dilaporkan selamat. Kesemua mereka dilaporkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara semasa bencana tersebut melanda.

Pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kini berada di Lombok bagi memantau keadaan semasa di samping menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa yang terlibat. Warganegara Malaysia yang terjejas akibat bencana ini adalah disarankan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 813 8081 3036.

Warganegara Malaysia yang berada di Indonesia atau ingin merancang perjalanan ke negara ini juga adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia melalui pautan https://goo.gl/ixYVfy.

 

PUTRAJAYA

18 Mac 2019