Back

SIARAN AKHBAR : PERKEMBANGAN TERKINI KEHILANGAN PENDAKI WARGANEGARA MALAYSIA DI NEPAL

PERKEMBANGAN TERKINI KEHILANGAN PENDAKI WARGANEGARA MALAYSIA DI NEPAL

 

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang pendaki warganegara Malaysia yang dilaporkan hilang pada 23 April 2019 semasa menuruni Gunung Annapurna, Encik Chin Wui Kin, 49 tahun, telah ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pagi ini, 25 April 2019. Pasukan berkenaan sedang dalam usaha membawa turun mangsa dari kawasan pergunungan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kementerian Luar Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Nepal, terutamanya kepada pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan kelak. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu boleh dihubungi seperti di berikut:

 

                        KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, KATHMANDU

                        Sanepa-2, Ring Road

                        Lalitpur

                        PO Box 24372

                        Kathmandu, Nepal

                        Tel: +977-1-5545680/81

                        Fax: +977-1-5545679

                        E-mel: mwkathmandu@kln.gov.my

PUTRAJAYA

25 April 2019