Back

SIARAN AKHBAR : TSUNAMI DI SELAT SUNDA, INDONESIA

TSUNAMI DI SELAT SUNDA, INDONESIA

Tsunami dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di Banten, Jawa dan Lampung Selatan, Sumatera, Indonesia pada hari Sabtu, 22 Disember 2018 jam 9:20 malam (waktu tempatan). Setakat ini, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan seramai 43 orang telah meninggal dunia manakala 584 orang cedera.

Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian tsunami ini. Rakyat Malaysia juga diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my / jkonsular@gmail.com atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036.

PUTRAJAYA

23 Disember 2018