press release
press release


« Back

PRESS RELEASE : KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI, YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN BERHUBUNG PEMBEBASAN ENCIK RICHARD LAU YI LOK SECARA IKAT JAMIN

 

 

KENYATAAN AKHBAR OLEH

MENTERI LUAR NEGERI, YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN BERHUBUNG PEMBEBASAN ENCIK RICHARD LAU YI LOK SECARA IKAT JAMIN

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa tahanan warganegara Malaysia di Penjara Pusat Ras Al Khaimah (RAK), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Encik Richard Lau Yi Lok telah dibebaskan secara ikat jamin pada hari Khamis, 15 Februari 2018 jam 4.30 petang waktu tempatan. Walau bagaimanapun, beliau akan terus berada di UAE bagi mengikuti perbicaraan di mahkamah sehingga kes beliau selesai. Pegawai-pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai telah berada di RAK bagi membantu urusan pembebasan Encik Richard Lau Yi Lok.

 

Kerajaan Malaysia menghargai hubungan erat di antara Malaysia dengan Kerajaan UAE dan ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan UAE terutamanya Kementerian Luar Negeri UAE, Pemerintah Ras Al Khaimah, Kementerian Perundangan UAE, Jabatan Perundangan RAK dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi serta Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai atas pembebasan Encik Richard Lau Yi Lok. Semangat persaudaraan dan kesepakatan yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan UAE dalam membantu menyelesaikan masalah melibatkan warganegara Malaysia di UAE adalah hasil diplomasi di peringkat tertinggi.

 

Kerajaan Malaysia senantiasa menitikberatkan kebajikan warganegaranya yang menghadapi masalah di luar negara. Kerajaan komited dalam memastikan setiap warganegara Malaysia mendapat bantuan konsular yang sewajarnya selaras dengan Konvensyen Vienna berkaitan Hubungan Konsular 1963 (VCCR 1963) dan peruntukan undang-undang tempatan. 

 

 

DATO’ SRI ANIFAH AMAN

Menteri Luar Negeri

16 Februari 2018

 


« Back

Government Agency
Laman Web ISWA
Innovation Board

MFA EMERGENCY HELPLINE

OFFICE HOURS : 8.30 AM – 5.30 PM | TEL.NO : +603 – 8000 8000
AFTER OFFICE HOURS : TEL.NO : +603 – 8887 4570
CONSULAR OPERATION HOURS : Monday – Friday [8.30 AM – 4.00 PM] [Lunch Break - Friday Only : 12.00 Noon - 2.45 PM]
EMAIL : dutyofficer@kln.gov.my
[ Feedback Form ]  [ Feedback Response ]
[ Question & Answer ]