Malaysian Goverment Administrative System Abroad
Malaysian Goverment Administrative System Abroad


“ Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia (SPKM) di Luar Negeri bermaksud peraturan-peraturan dan garis panduan yang terkandung  di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2009.
 
Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri menggariskan semua aspek pengurusan Perwakilan dan Agensi-Agensi Kerajaan Malaysia di luar negeri yang dipusatkan di bawah pengurusan seorang Ketua Perwakilan yang bertanggungjawab terhadap program yang telah ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2009 ini.
 
Program-program yang dimaksudkan ialah program-program politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan keselamatan. Hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian program pula adalah di bawah tanggungjawab pegawai agensi yang berkenaan. Bagi tujuan pelaksanaan, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah diamanahkan untuk bertindak sebagai Urusetia bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia (SPKM) di Luar Negeri di peringkat pusat. ”
Print