pre
ENIWETOK SAMOA HAWAII ALASKA PACIFIC TIME
MOUNTAIN TIME CENTRAL TIME EASTERN TIME ATLANTIC TIME BRAZILIA
MID-ATLANTIC AZORES GREENWICH MEAN TIME ROME MOSCOW
BAKU NEW DELHI DHAKA  BANGKOK HONG KONG
TOKYO SYDNEY MAGADAN WELLINGTON
Next
  consular Information
« Back

   VISA

 

CARA MEMOHON VISA

Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan.


Bagi negara-negara yang tidak mempunyai Perwakilan Malaysia, permohonan hendaklah dibuat di Kedutaan atau di Suruhanjaya Tinggi British.


Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja). 


    1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan adalah:


1. Pasport asal
2. Satu (1) salinan fotostat pasport
3. Satu(1) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
5. Tiket penerbangan asal dan satu (1) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
6. Penyata bank / traveller's cheques
7. Surat jemputan (jika ada)
8. Bayaran visa – RM 15.00

9.Satu (1) salinan KITAS di Indonesia.


Nota : Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan social untuk Negara-Negara yang memerlukan visa untuk memasuki ke Malaysia.


     2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) 

 

    Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan  setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:

  1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan satu (1) salinan fotostat
    2. Pasport asal
    3. Satu (1) salinan fotostat pasport
    4. Satu (1) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
    5. Satu (1) keping gambar berukuran pasport pemohon
    6. Tiket penerbangan asal dan satu (1) salinan fotostat

7.Laporan Kesihatan ( Bagi Pekerja Asing )

8. Bayaran visa RM 15.00


Nota:   Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi Pas Pelajar, Pas Bekerja / Penggajian, Pas

            Tanggungan dan Pas Lawatan Professional serta Pas Lawatan (Kerja Sementara)

 


« Back
MAIN MENU