pre
ENIWETOK SAMOA HAWAII ALASKA PACIFIC TIME
MOUNTAIN TIME CENTRAL TIME EASTERN TIME ATLANTIC TIME BRAZILIA
MID-ATLANTIC AZORES GREENWICH MEAN TIME ROME MOSCOW
BAKU NEW DELHI DHAKA  BANGKOK HONG KONG
TOKYO SYDNEY MAGADAN WELLINGTON
Next
  consular Information

 

A. Pasport Tamat Tempoh

 

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan permohonan pasport Malaysia 32 mukasurat untuk tindakan dan pertimbangan Kedutaan sewajarnya

1.    Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97 (Boleh diperolehi di Konsulat atau dimuat turun dari laman web Jabatan Imigresen http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf;- sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian

2.    Dua keping gambar berlatarbelakang biru berukuran 3.5 x 5 cm

3.    Salinan sah muka hadapan Pasport Malaysia (lama);

4.    Salinan sah muka surat Pasport Malaysia yang mengandungi maklumat visa dan/atau makluman pendaftaran tempat tinggal;

5.    Salinan sah Sijil Kelahiran; dan

6.    Surat pengesahan dari universiti (untuk pelajar) atau majikan. (bagi yang bekerja atau pasangan)

7.    Salinan sah Mykad/MyKid

Bayaran permohonan pasport baru adalahRM 300.00. Pada lazimnya, permohonan akan dihantar ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk diproses dan mengambil

masa 2 bulan.


B. Kehilangan Pasport

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan menggantikan pasport Malaysia yang telah hilang:

1.         Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97 (Boleh diperolehi di Konsulat atau dimuat turun dari laman web Jabatan Imigresen- http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf; Sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian)

2.    Dua keping gambar berlatarbelakang biru berukuran 3.5 x 5 cm

3.    Salinan sah Pasport Malaysia (hilang)sekira ada;

4.    Salinan sah Sijil Kelahiran;

5.    Salinan laporan kehilangan pasport yang telah dilakukan di Balai Polis di kawasan pasport tersebut hilang;

6.    Surat pengesahan dari universiti (untuk pelajar) atau majikan. (bagi yang bekerja atau pasangan);

7.    Mengisi Borang Soal Selidik mengenai kehilangan pasport; dan

8.    Mengisi dan menandatangani Surat Akuan

9.    Salinan sah MyKad / MyKid

10.  Bayaran permohonan pasport baru adalahRM 300.00. Pada lazimnya, permohonan akan dihantar ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk diproses dan menghantar pula ke Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan kelulusan dan dijangka mengambil masa TIGA (3) bulan.

11.  Pada kelazimannya, memandangkan proses untuk mendapatkan passport yang baru menggantikan passport yang hilang mengambil masa yang panjang, pihak Konsulat  menasihatkan supya memohon Surat Perakuan Cemas (SPC) bagi membolehkan warganegara Malaysia untuk pulang ke Malaysia dan menguruskannya permohonan passport Malaysia (Baru).

 

C.      SIJIL PERAKUAN CEMAS

Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dalam keadaan tertentu, biasanya kes kehilangan Pasport di luar negara, penghantaran pulang dengan perbelanjaan Kerajaan atas sesuatu sebab dan Pasport Malaysia tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang diperlukan.


Tempoh Sahlaku 

Sah untuk sekali perjalanan dan untuk negara-negara tertentu sahaja bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan.

 

Dokumen yang diperlukan

1.Borang (IM.42-Pin 97) http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf

2.Dokumen bukti Warganegara Malaysia – MyKad / MyKid / Sijil Kelahiran

3.Gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm - dua (2) keping

4. Laporan Polis Setempat tempat kehilangan pasport.

Syarat Am

Permohonan

Jika

Syarat-syarat

Berusia 18 tahun ke atas

-

o    Kad pengenalan

o    Kad pengenalan polis

o    atau tentera

Berusia bawah 18 tahun yang berkahwin

-

o    Kad pengenalan

o    Sijil perkahwinan

o    atau sijil penceraian

Berusia bawah 18 tahun

Bapa masih ada

o    Kad pengenalan ( Jika ada )

o    Sijil kelahiran

o    Kad pengenalan bapa

Bapa meninggal dunia

o    Kad pengenalan ( Jika ada )

o    Sijil kelahiran

o    Sijil kematian bapa

o    Kad pengenalan ibu

 

Kedua ibu/bapa meninggal dunia

o     

o     

o    Kad pengenalan ( Jika ada )

o    Sijil kelahiran

o    Sijil daftar kematian

o    ibu/bapa

o    Surat sumpah penjagaan

o     anak

Ibu dan bapa berpisah

( bapa tidak dapat dihubungi )

o    Kad pengenalan

o    Sijil kelahiran

o    Kad pengenalan ibu

o    Perintah mahkamah

o    Surat sumpah ibu

Anak angkat

o    Kad pengenalan ( jika ada )

o    Kad pengenalan penjaga

o     yang sah

o    Sijil anak angkat

Bayaran

RM 50.00

Tempoh Pemprosesan

Satu (1) hari bekerja

MAIN MENU