pre
ALGERIA  ARGENTINA  AUSTRALIA  AUSTRIA  BAHRAIN 
BANGLADESH  BELGIUM  BOSNIA-HERZEGOVINA  BRAZIL  BRUNEI 
CAMBODIA  CANADA  CHILE  CHINA  CROATIA  CUBA 
CZECH  EGYPT  FIJI  FINLAND  FRANCE  GERMANY 
GHANA  GUINEA  HUNGARY  INDIA  INDONESIA  IRAN 
IRELAND  ITALY  JAPAN  JORDAN  KAZAKSTAN 
KENYA  KUWAIT  LAO PEOPLE'S DEMOCRATIC REPUBLIC  LEBANON 
LIBYAN ARAB JAMAHIRIYA  MALAYSIA  MEXICO  MOROCCO 
MYANMAR  NAMIBIA  NEPAL  NETHERLANDS  NEW ZEALAND 
NIGERIA  NORTH KOREA  OMAN  PAKISTAN  PAPUA NEW GUINEA 
PERU  PHILIPPINES  POLAND  QATAR  REPUBLIC OF KOREA 
ROMANIA  RUSSIAN FEDERATION  SAUDI ARABIA  SENEGAL  SERBIA 
SINGAPORE  SOUTH AFRICA  SPAIN  SRI LANKA  SUDAN 
SWEDEN  SWITZERLAND  SYRIAN ARAB REPUBLIC  TAIWAN 
THAILAND  TIMOR-LESTE  TURKEY  UKRAINE 
UNITED ARAB EMIRATES  UNITED KINGDOM  UNITED STATES 
UZBEKISTAN  VENEZUELA  VIETNAM  YEMEN  ZIMBABWE 
Next

  MIssion Info
 
Address: No. 5, Tayseer Na'na'ah St. Off Umawiyyeen Street
Abdoun
P.O. Box 5351
11183
Amman
    Host Country:
new window Jordan
   
Telephone: (962) 6 - 5902400


Fax: (962) 6 - 5934343
Email: mwamman@kln.gov.my
 
   
GMT: Winter 6 hrs, Summer 5 hrs KL (-) Amman (+)  
   
Work days: Sunday - Thursday 8.00 a.m - 3.00 p.m
Public Holidays: Friday & Saturday
  What's New
« Back

TIPS PENTING JIKA KEHILANGAN PASPORT SEWAKTU TRAVEL DI LUAR NEGARA

Tiada siapa dalam dunia ini yang mahu kehilangan pasport sewaktu melancong.  Seperti yang kita tahu pasport adalah nyawa kedua kita sewaktu kita berada di luar negara.  Dengan pasport lah kita boleh dikenal pasti status kerakyatan kita sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada kita.  Dengan pasport juga ia adalah tiket pertama untuk kita melepasi sempadan dari sebuah negara ke negara yang lain.

 

Namun betul la kata orang tua malang tidak pernah meninggalkan baunya.  Kadangkala bukan kita tidak berjaga-jaga namun ada perkara yang tidak diingini berlaku sebagai contoh tercicir, kecurian, pecah masuk di locker hostel atau bilik hotel kita.  Jadi menyebabkan kita kehilangan pasport.  Apa pun yang terjadi jangan cemas.  Anda masih boleh pulang ke Malaysia dengan mengikuti tips di bawah ini.  Berikut adalah dua langkah penting untuk anda tahu sekiranya anda kehilangan pasport sewaktu melancong:

 

1.  Buat Laporan ke balai polis berdekatan

 

Cari balai polis berdekatan dengan tempat penginapan anda.  Buat laporan polis sebagaimana anda buat laporan polis di Malaysia.  Simpan laporan polis tersebut untuk langkah seterusnya.

 

2.  Buat Laporan ke Kedutaan Malaysia ataupun Konsulat berdekatan

 

Laporan polis tadi perlu dibawa sebagai syarat utama untuk anda buat laporan ke Kedutaan Malaysia.  Jika anda datang terus ke Kedutaan sekalipun selalaunya mereka yang di Kedutaan Malaysia meminta untuk anda buat laporan di balai polis berdekatan terlebih dahulu.

 

Berikut adalah dua dokumen yang perlu anda bawa untuk laporan di Kedutaan Malaysia

 

i.  Salinan laporan Polis

 

ii.  Salinan ataupun apa-apa dokumen yang membuktikan kita ini adalah rakyat Malaysia

 

Bila mana semua dokumen yang membuktikanb kita adalah rakyat Malaysia yang sahih maka pihak Kedutaan akan menyemak status kerakyatan kita melalui dokumen yang kita berikan.  Jika tiada sebarang kemusykilan maka pihak Kedutaan akan mengeluarkan pasport sementara atau dipanggil sebagai pasport kecemasan (emergency) yang membolehkan kita guna untuk pulang ke Malaysia.  Walau bagaimanapun perlu diingat ini adalah pasport satu arah saja untuk kita pulang ke Malaysia dan pasport ini tidak sah diguna pakai untuk masuk ke mana-mana negara atas apa alasan sekalipun.

 

Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan yang akan berlaku.  Dinasihatkan agar kita selalu membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan:

 

a.  Buat salinan muka depan pasport dan juga kad pengenalan dalam bentuk fizikal dan digital sebagai back-up data.

 

b.  Catit dan simpan nombor telefeon dan alamat Kedutaan Malaysia ataupun pejabat Konsulat di negara yang kita lawati.  Salin atas kertas dan juga simpan dalam bentuk digital.

 

Semoga tips ini menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan anda sebagai seorang pengembara dunia.


« Back
  Press Statements/Releases

Press Statements/Releases


Press Statements/Releases

  Speeches
  Events
  Announcements
  News


MAIN MENU
  assistant registrar

  • AMINUDDIN OSMAN

  • MOHD ALIMI AYUB
  • ALIMI@msdjordan.jo

 

TEL NO :

(962) 590 2414 / (962) 592 7766 / mwamman@kln.gov.my

 

PLEASE CLICK TO :

UPDATE POSTAL ADDRESS OF OVERSEAS VOTERS

  related links
GALLERY

 

 

 

 

 

spacer

e-Consular

 

foreign minister

deputy foreign minister

enquiries