Birth/Marriage Certificate Registration Birth/Marriage Certificate Registration

 

Syarat-syarat BAGI PERMOHONAN MENDAPATKAN
SURAT PERAKUAN PERNIKAHAN (PASANGAN ISLAM) DI SELATAN THAILAND
daripada Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla.
 
1.    Salah seorang dari pasangan perlu hadir sendiri ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
 
2.    Mengisi borang permohonan perakuan pernikahan (hanya didapati di pejabat KJM di Songkhla sahaja).
 
3.    Mengemukakan dokumen-dokumen berikut dalam 2 salinan:
 
3.1.    salinan kad pengenalan pasangan;
3.2. salinan muka hadapan pasport atau pas sempadan pasangan;
3.3. salinan bukti cop kemasukan ke Thailand;
3.4.    sijil dan keterangan nikah yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam di selatan Thailand;
3.5.    surat pengesahan terkini dari Majlis Agama Islam bagi pernikahan yang telah melebihi setahun;
3.6. surat cerai atau sijil kematian (sekiranya pasangan adalah janda);
3.7. surat pengesahan masuk Islam (sekiranya pasangan adalah mualaf);
3.8.    surat kebenaran bernikah dari Ketua Jabatan (bagi Anggota Tentera / Polis);
3.9.    surat kelulusan keluar negera dari Ketua Jabatan (bagi Penjawat Awam/Angota Tentera dan Polis);
3.10. surat persetujuan dari ibu atau bapa bagi perempuan warganegara Malaysia berumur di bawah 18 tahun ( hanya boleh didapati di pejabat KJM di Songkhla sahaja); dan
3.11. sijil lahir bagi perempuan (sekiranya berumur di bawah 18 tahun sebagai bukti perhubungan dengan ibu atau bapa).
 
4.    Bagi pasangan perempuan Warganegara Malaysia berumur dibawah 18 tahun, ibu atau bapa perlu hadir semasa pernikahan dan ketika permohonan perakuan dibuat di pejabat KJM di Songkhla.
 
5.    Membuat bayaran sebanyak Baht100 (kira-kira RM10) bagi setiap helaian dokumen yang dikemukakan untuk pengesahan.
 
6.    Pengeluaran surat perakuan pernikahan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari bekerja atau lebih, bergantung kepada maklum balas daripada majlis agama Islam yang berkenaan.  
 
 
Dikeluarkan oleh:
 
Konsulat Jeneral Malaysia
Songkhla, Thailand
 
 
 
PERINGATAN!
 
1.    Jangan menjadi mangsa sindiket/agen pernikahan.
 
2.    Memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Imigresen Thailand (1972). Pesalah boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda Bath 20,000.
 
3.    Bermula 15 Julai 2014, pihak KJM tidak akan mengeluarkan sebarang perakuan pernikahan bagi pasangan yang masuk ke Thailand tanpa menggunakan dokumen perjalanan yang sah.
 
Dikeluarkan oleh:
 
Konsulat Jeneral Malaysia
Songkhla, Thailand