Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Belize, Republik Costa Rica, Republik El Salvador, Republik Honduras, Republik Guatemala
MISSION INFO
Address:
Calle Monte Libano No. 1015 Lomas de Chapultepec V Seccion
Alcadia Miguel Hidalgo 
Mexico City
Telephone: +52 55 5282 5166 (office hours)
+52 55 7441 0478 / +52 55 7329 3837 / +52 55 1362 8442 ( whatsapp call / whatsapp message )
Fax: NIL
Email: mwmexico@kln.gov.my / mwmexico@prodigy.net.mx
GMT: - 14 hrs (KL)- (Nov - Mar), - 13 hrs (KL)- (Apr - Okt)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 1.00 p.m / 2.00 p.m - 5.00 p.m
Public Holidays: Weekends & Public Holidays

 

news from mission news from mission

Back

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-64 DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO.

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico pada 4  September  2021. Sambutan Majlis ini diadakan dalam keadaan yang sederhana dan mengikut protokol penjarakkan sosial serta langkah-langkah keselamatan bagi mengekang pandemik Covid-19 seperti ujian suhu sebelum memasuki premis bangunan Canseri, pemakaian penutup muka dan penyediaan “hand sanitizer”.

 

Seramai kira-kira tiga puluh lima (35) orang warga Malaysia termasuk kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico (Home-Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan) telah menyertai program tersebut yang bermula dari jam 10.30 pagi.

 

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-64 di Mexico City dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan pembukaan dan bacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-64 YAB Perdana Menteri oleh TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa. Acara penyampaian hadiah oleh TYT Ambassador kepada anak- anak HBS turut diadakan sempena penganjuran pertadingan sukan rakyat sempena Hari Kemerdekaan yang telah diadakan pada 30 Julai 2021. Bagi memeriahkan acara, terdapat sesi nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia dan persembahan syair.

 

Pihak Perwakilan Mexico City turut menyediakan jamuan istimewa kepada semua tetamu yang hadir. Majlis bersurai pada pukul 2 petang.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

1 October  2021

 

 

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa sewaktu memberikan ucapan alu-aluan dan bacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri

 

 

Kakitangan Kedutaan (termasuk agensi MATRADE) di atas pentas bagi menyanyikan lagu-lagu patriotic

 

Sebahagian warga Malaysia yang hadir sewaktu menyanyikan lagu-lagu patriotik Malaysia

Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukan rakyat

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia

 

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia -

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia 

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia