TABUNG BENCANA KEMENTERIAN LUAR NEGERI (TBKLN)
Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957. Ia bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan ke luar negera melalui sumbangan daripada orang awam di Malaysia untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang dilanda bencana di luar negara (sama ada bencana semula jadi atau akibat daripada perbuatan manusia). Akaun Amanah ini ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Tabung Bencana KLN yang membuat keputusan berhubung tatacara penerimaan dan penggunaan dana tabung ini.
Sehubungan dengan ini, Kementerian Luar Negeri (KLN) mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia yang boleh disalurkan kepada TBKLN melalui kaedah-kaedah berikut:
1. CEK
Cek berpalang di atas nama “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada:
Sekretariat Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri Kementerian Luar Negeri Aras 2, Bangunan WP1 No. 1 Jalan Wisma Putra 62602 PUTRAJAYA.
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
(u.p : Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan)
2. PEMINDAHAN TERUS KE AKAUN BANK TBKLN (ONLINE BANK TRANSFER)
Nama Akaun : Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri Bank : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya No. Akaun : 1054 9000 0599
3. TUNAI
Sumbangan tunai boleh disalurkan secara terus atau diletakkan di dalam sampul surat (nyatakan TBKLN, nama penuh dan alamat lengkap pengirim di muka hadapan sampul surat berkenaan) ke dalam kotak TBKLN yang terletak bersebelahan dengan Seksyen Konsular di Wisma Putra, Putrajaya dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur.
|