Announcements Announcements

Back

GARIS PANDUAN BAGI PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

 

 

GARIS PANDUAN BAGI PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Bersama-sama dimajukan Garis Panduan Pengurusan Undi Pos Luar Negara dan FAQ Undi Pos Luar Negara untuk rujukan semua pengundi terlibat. Antara intipati-intipati penting untuk makluman pengundi semua adalah seperti berikut:

 

Maklumat Umum

 

Tarikh permohonan undi pos luar negara adalah bermula 23 Januari 2018 dan akan tamat pada hari pembubaran parlimen.

 

Bagi maksud PRU-14 akan datang, penghantaran kertas undi pos akan diuruskan sepenuhnya oleh POS Malaysia Berhad dan tidak lagi melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).

 

Sebarang pertanyaan mengenai undi pos luar negara boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian +603-8881 0081.

 

 

FAQ

 

Jaminan bahawa kertas undi akan diterima oleh pengundi sebelum hari pengundian (FAQ, no. 21)

 

Setelah kertas undi diterima, pengundi hendaklah menanda kertas undi tersebut dan menghantarnya kembali dengan kadar segera menggunakan Sampul Keutamaan B yang disediakan.

 

Kaedah pemulangan semula kertas undi kepada SPR (FAQ, no. 22)

 

Penghantaran kertas undi boleh dilakukan melalui mana-mana perkhidmatan kurier di negara pengundi berada. Kos penghantaran adalah atas tanggungan pengundi.

 

Alamat untuk penghantaran kertas undi kepada pengundi oleh SPR (FAQ, no. 23)

 

Kertas undi akan dipos kepada pengundi oleh Pos Malaysia berdasarkan kepada alamat yang diberikan oleh pengundi di Bahagian B dalam Borang 1B.

 

Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR (FAQ, no. 24)

 

Tarikh akhir kertas undi perlu diterima oleh SPR adalah sebelum pukul 5:00 petang hari pengundian

 

 

Disediakan oleh:

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai

26 Mac 2018