Announcements Announcements

Back

PERMOHONAN UNDI POS DI LUAR NEGARA BAGI PRU KE-14

Kepada : Semua Rakyat Malaysia yang bermastautin di Dubai dan Emirates Utara

 

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan pada 23 Januari 2018 bahawa Permohonan Undi Pos bagi rakyat Malaysia di luar negara telah dibuka pada 23 Januari 2018.

 

Permohonan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak dan telah berdaftar sebagai pemilih dan yang layak mengundi pada hari pengundian TETAPI berada di luar negara.

 

Bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti di atas, boleh melayari pautan (http://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20Bil%2006-2018.pdf) bagi mengetahui perincian undi pos dan boleh memuaturun Borang 1B di pautan (http://www.spr.gov.my/sites/default/files/Syarat%20dan%20Borang%201B.pdf)

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai

28 Januari 2018