Archives Archives

Back

HARI TERBUKA KONSULAT MALAYSIA DI DUBAI BERKONSEP BAZAAR

 

 
Hari Terbuka Konsulat Malaysia di Dubai berkonsep Bazaar
 
Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai pada 6 Februari 2015 telah menganjurkan “Hari Terbuka Konsulat Jeneral Malaysia berkonsepkan Bazaar” di perkarangan bangunan canseri. Acara ini dihadiri telah oleh 80 orang pengunjung warganegara Malaysia dan warganegara asing di Dubai yang menggemari juadah dan masakan Malaysia yang jarang didapati dan menjadi pilihan ramai. Sebanyak 6 buah gerai menjual makanan dibuka oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di Dubai.
 
Antara juadah yang dihidangkan adalah nasi lemak, satay, mee goreng, kuih-muih tradisional dan minuman. Rata-rata pengunjung yang datang berharap agar acara sebegini dijadikan acara bulanan bagi menampung permintaan makanan tempatan yang meluas di Dubai. Tujuan utama acara ini adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan rakyat Malaysia menerusi diplomasi awam. Acara ini bermula pada 4.00 petang dan berakhir pada 6.30 petang.
 
 
Disediakan oleh:
 
Malawakil Dubai
8 Februari 2015