Archives Archives

Back

MAJLIS “DIPLOMASI AWAM DAN PENERANGAN ISU-ISU SEMASA” BERSAMA KOMUNITI MALAYSIA

 
Majlis “Diplomasi Awam dan Penerangan Isu-isu Semasa”
bersama komuniti Malaysia
 
Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan dan ahli-ahli Perwakilan telah menganjurkan “Majlis Diplomasi Awam dan Penerangan Isu-isu Semasa bersama Komuniti Malaysia” di Rumah Malaysia pada 19 Februari 2015. Majlis ini telah dihadiri oleh 100 rakyat Malaysia yang menetap di Dubai. Turut hadir menjayakan majlis berkenaan adalah TYT Duta Besar Malaysia ke UAE, ahli HBS Malawakil Abu Dhabi, agensi-agensi Kerajaan dan ahli-ahli Perwakilan yang berpengkalan di Abu Dhabi.
 
Penerangan mengenai isu-isu semasa yang seringkali diputarkan oleh media massa di Malaysia dan antarabangsa telah diberikan secara ringkas dan padat oleh TYT Duta Besar Malaysia dan YBhg. Dato’ Konsul Jeneral sempena majlis ini. Majlis ini telah turut memberi peluang kepada semua agensi Kerajaan bagi membincangkan isu-isu SPKM secara in-formal.
 
Pelbagai juadah Malaysia telah turut dihidangkan hasil usaha ahli-ahli Perwakilan Malaysia di Dubai. Antara juadah yang dihidangkan adalah nasi lemak, mihun, satay, mee goreng, ayam panggang, makanan laut, kuih-muih tradisional dan minuman. Program ini dilihat berjaya menyemat perasaan cintakan Malaysia berdasarkan maklumbalas yang diperolehi.
 
 
 
Disediakan oleh:
 
Malawakil Dubai
22 Februari 2015