Archives Archives

Back

PENDAFTARAN RAKYAT MALAYSIA DI DUBAI DAN EMIRATES UTARA

 

Kepada                      :           Semua Rakyat Malaysia yang menetap di Dubai dan 

                                                Emirates Utara

 

 

 

Tuan / Puan,

 

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri melalui Pejabat Kedutaan / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat Jeneral adalah kini dalam proses untuk mengemaskinikan rekod rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Pengumpulan data ini adalah penting setelah mengambilkira isu-isu terkini yang berlaku termasuk insiden serangan di beberapa buah negara pada tahun lepas yang mampu membahayakan nyawa warganegara Malaysia di luar negara. Pada tahun lepas hanya 80 orang rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Konsulat selepas pengumuman dilakukan. Rekod Jabatan Imigresen UAE memaklumkan bahawa terdapat lebih 3600 rakyat Malaysia yang bermastautin di Dubai dan Emirates Utara.

 

3.         Data ini diperlukan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKS) yang pada ketika ini sedang mempromosikan sistem pengurusan pekerja Malaysia di luar negara (MOEMC) iaitu sistem yang dibangunkan oleh JTKS untuk merekod data pekerja Malaysia di luar negara. Sistem ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Masalah-masalah tersebut boleh meliputi masalah seperti masalah pampasan, caruman, imigresen, kebajikan pekerja dan sosial (social welfare and healthcare) atau lain-lain aspek yang melibatkan hak pekerja.


4.         Justeru itu, adalah diharap agar rakyat Malaysia yang berada di Dubai dan Emirates Utara ketika ini dapat mengemaskinikan maklumat secara terus dengan menggunakan smartphone di capaian (https://goo.gl/forms/eOaXWKLo5npcKXJn1) secepat yang mungkin untuk tindakan penyelarasan. Mohon juga Tuan / Puan jika dapat mendaftar ahli keluarga secara berasingan.  

 

5.         Diharap agar Tuan / Puan jikadapat mewar-warkan perkara ini kepada rakyat Malaysia yang tiada dalam salinan emel ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai

20 Februari 2017