Archives Archives

Back

MAJLIS BERSAMA KONSUL JENERAL NEGARA ASEAN DI MELBOURNE

 Satu Majlis Resepsi dan Perjumpaan di antara Konsul Jeneral dan Konsul Kehormat Perwakilan ASEAN di Melbourne telah diadakan pada tengahari tadi (Khamis, 3/4/2013) di Restoran Shalom, Little Lonsdale Street, Melbourne CBD. Perjumpaan itu antara lain untuk berbincang mengenai kerjasama yang lebih erat lagi antara Konsulat Jeneral negara ASEAN di Melbourne yang hanya diwakili oleh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Majlis tersebut turut diadakan untuk mengucapkan selamat jalan kepada Encik Irmawan Emir Wisnandar yang akan menamatkan tugas beliau sebagai Konsul Jeneral Indonesia pada pertengahan bulan April 2014 untuk bertugas sebagai Duta Besar Indonesia yang baru ke Laos PDR.

 

 

Encik Irmawan(Konsul Jeneral Indonesia), Encik Simon Wallace (Konsul Jeneral Kehormat Thailand), Puan Virgina Kalong (Konsul Jeneral Kehormat Filipina) dan Dr Rameez.