Archives Archives

Back

RAMAH MESRA MALAYSIA MADANI PADA 7 DISEMBER 2024

Konsulat Jeneral Malaysia telah menganjurkan satu majlis bertajuk Ramah Mesra Malaysia Madani di bangunan Canseri pada 7 Disember 2024. Majlis ini merupakan kesinambungan kepada program yang sama pada tahun 2023 bagi memberikan peluang kepada warga Malaysia di Melbourne mengenali fungsi dan peranan Konsulat dengan lebih dekat. Lebih 170 tetamu hadir memeriahkan suasana sambil menikmati juadah yang disediakan dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain.