Social Media
News From Mission
PROGRAM MEKAR DIASPORA 2025
HEBAHAN PROGRAM MEKAR DIASPORA PADA BULAN SEPTEMBER 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) akan mengadakan Program MEKAR Diaspora bagi membantu memudah cara urusan dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia di Australia. Program dijadualkan berlangsung pada bulan September 2025 bertempat di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne.
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
1. Permohonan Kali Pertama / Gantian / Penukaran Kad Pengenalan;
2. Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan;
3. Permohonan Cabutan Daftar Lahir;
4. Permohonan Cabutan Salinan Sah Sijil Kewarganegaraan;
5. Permohonan Pendaftaran Kelahiran Lahir Luar Negara; dan
6. Pindaan Borang Kelahiran Luar Negara (Borang W / H).
Rakyat Malaysia yang ingin memohon mendapatkan perkhidmatan seperti di atas boleh mengisi borang terlebih dahulu menerusi pautan https://tinyurl.com/248anh7e atau imbas Kod QR. Pihak JPN akan menghubungi pemohon secara terus menerusi e-mel setelah semakan data dilakukan.
Sebarang pertanyaan berhubung Program MEKAR Diaspora di Melbourne ini boleh diajukan dengan menulis e-mel kepada diasporamelbourne2025@gmail.com





