HEBAHAN BERKAITAN PELAKSANAAN PROSEDUR PEMBAYARAN BAHARU SIJIL KELAKUAN BAIK (SKB)
Adalah dimaklumkan bahawa prosedur pembayaran baharu Sijil Kelakuan Baik (SKB) telah mula dilaksanakan pada 20 Jun 2026. Pemohon diwajibkan membuat bayaran caj perkhidmatan semasa mengemukakan permohonan melalui sistem e-Konsular. Permohonan hanya akan diproses setelah pembayaran berjaya dibuat dan disahkan oleh sistem. Caj berkenaan dikenakan bagi tujuan pemprosesan permohonan dan tidak akan dikembalikan tanpa mengira status atau keputusan permohonan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan atau prosedur SKB boleh dikemukakan secara terus melalui e-mel kepada skb_admin@kln.gov.my.
