Archives
Back
Hari Sukan Negera - 8 Oktober 2016
HARI SUKAN NEGARA 2016
8 OKTOBER 2016
Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2016, Konsulat Jeneral Malaysia di Perth telah berjaya menghimpunkan 80 warga Malaysia yang terdiri daripada kalangan pegawai Konsulat, rakyat Malaysia yang bermastautin di Perth serta pelajar Malaysia untuk sama-sama memeriahkan sambutan hari tersebut. Cuaca yang tidak menentu pada pagi tersebut sedikit pun tidak menjejaskan perjalanan program di mana pelbagai acara seperti senamrobik, poco-poco, tarik tali serta permainan untuk kanak-kanak telah dijalankan dengan jayanya.