Archives Archives

Back

JEMPUTAN SEMARAK AIDILFITRI MADANI

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H!

Konsulat Jeneral Malaysia di Perth mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh rakyat Malaysia di Australia Barat.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada kita semua, serta mengeratkan lagi semangat perpaduan antara rakyat Malaysia di Australia Barat dalam suasana penuh harmoni.

Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput anda untuk bersama-sama memeriahkan Semarak Aidilfitri Madani di Dewan Malaysia, Perth.

Tarikh: 31 Mac 2025 (Isnin)

Masa: 8:00 pagi - 12:00 tengah hari

Lokasi: Dewan Malaysia, Perth

Majlis ini akan dimulakan dengan Solat Sunat Aidilfitri, diikuti dengan Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri.

Untuk penyertaan, sila RSVP dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan yang disediakan.

Pautan: https://forms.gle/4MajhkqhJrAvPnDf6

Kami berharap kehadiran anda akan menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!