Archives
Lawatan Delegasi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Lawatan Delegasi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
4 – 8 Mac 2016
Delegasi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang diketuai oleh YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam telah bertandang ke bumi kangaroo dari 4 – 8 Mac 2016 dengan matlamat untuk menubuhkan DMDI Cawangan Australia Barat.
Majlis pelancaran cawangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI pada satu majlis gemilang di Dewan Sivik Melville pada 5 Mac 2016 dengan disaksikan oleh delegasi DMDI, wakil persatuan-persatuan melayu di Australia Barat, persatuan pelajar serta penduduk setempat berketurunan melayu di sini.
Selain majlis tersebut, delegasi DMDI turut melancarkan gelanggang Seni Silat Gayong Australia selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Lord Mayor Lisa M. Scaffidi serta beberapa aktiviti ramah mesra termasuk di kediaman Konsul Jeneral.