Archives
MAJLIS BERAMAH MESRA ANTARA KONSULAT JENERAL MALAYSIA BERSAMA RESIDEN/PELAJAR DEWAN MALAYSIA, PERTH
|
| Konsulat Jeneral Malaysia di Perth dengan kerjasama Dewan Malaysia Perth telah menganjurkan Majlis Perjumpaan bersama Residen/Pelajar Dewan Malaysia, Perth pada 24 Februari 2023 pada hari Jumaat, 24 Februari 2023 di Dewan Malaysia, Perth
Program bersama residen/pelajar Malaysia di Dewan Malaysia ini merupakan acara pertama yang dianjurkan pada tahun ini bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Perth. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi bersuai kenal bersama pelajar-pelajar baharu dan sedia ada di Dewan Malaysia, Perth selain dapat memperkenalkan pegawai dan kakitangan baharu di Konsulat.
Konsul Jeneral juga berpeluang beramah mesra dan berkongsi maklumat mengenai fungsi dan peranan Konsulat Jeneral Malaysia di Perth kepada pelajar –pelajar baharu. Selain itu, Konsul Jeneral juga mengalu-alukan kerjasama semua pelajar dalam anjuran program/aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Konsulat sepanjang tahun 2023.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

