Archives
MAJLIS PENGANUGERAHAN BENGKONG SILAT GAYONG AUSTRALIA
| Konsul Jeneral Malaysia berkesempatan memenuhi jemputan ke Majlis Penganugerahan Bengkong Seni Silat Gayong Australia kepada pesilat-pesilat muda pada 16 Oktober 2022 di Dewan Malaysia, Perth. Terima kasih kepada Penaung Gayong Australia Federation, Dato’ Ramizan Abd Manap dan tenaga-tenaga pengajar di atas pelaksanaan majlis yang julung-julung kali diadakan. Turut hadir adalah pengasas Qaswa House di Perth, YBrs. Encik Azizi Haji Khalid dan ahli keluarga pesilat-pesilat muda yang sama-sama menyaksikan istiadat penganugerahan ini. Persatuan Gayong Australia Federation (GAF) juga telah diberi penganugerahan Acara Gelanggang Terbaik Peringkat Antarabangsa dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Kejuaraan Gayong Meor Rahman Sedunia yang dianjurkan pada tahun 2021. Tahniah di atas pencapaian membanggakan ini dan semoga GAF terus maju jaya dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
|
|
|
