Archives Archives

Back

Perjumpaan Konsul Jeneral bersama pengusaha-pengusaha restoran Malaysia di Perth pada 15 Mac 2022

Sesi perjumpaan Konsul Jeneral bersama pengusaha-pengusaha restoran Malaysia di Perth pada 15 Mac 2022 (Selasa)

 

Satu pertemuan diantara Konsul Jeneral bersama dengan pengusaha-pengusaha restoran Malaysia di Perth, Australia telah diadakan pada 15 Mac 2022 di Konsulat Jeneral Malaysia di Perth. Sesi pertemuan  ini adalah yang julung-julung kali diadakan bersama dengan rakyat Malaysia yang merupakan pengusaha-pengusaha restoran Malaysia yang telah bertapak di Perth.

Pada pertemuan tersebut, Konsul Jeneral mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengusaha-pengusaha restoran Malaysia yang telah bertindak secara tidak langsung dalam mempromosikan makanan serta budaya Malaysia kepada masyarakat tempatan. Cadangan kolaborasi bersama kerajaan tempatan dan syarikat-syarikat penerbangan Malaysia turut dibincangkan bersama wakil-wakil yang hadir.

Dalam kesempatan yang sama, Konsul Jeneral juga turut mengedarkan kit Tourism Malaysia kepada semua pengusaha-pengusaha sebagai usaha untuk mempromosikan destinasi-destinasi menarik di Malaysia kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke restoran mereka. Sesi tersebut disusuli dengan sesi jamuan juadah Malaysia  yang telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN, Konsulat Jeneral Malaysia Perth.