Archives
PGK Merdeka Cup 2021 Golf Tournament, 28 August 2021
Konsulat Jeneral Malaysia, Perth dengan kerjasama Perth Golf Kakis (PGK), sebuah kelab golf sosial tempatan telah menganjurkan Kejohanan Golf Piala Merdeka 2021 pada 28 Ogos 2021 (Ahad) di Vines Golf Resort.
Program ini dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 dan Hari Malaysia pada tahun 2021 dengan disertai oleh seramai 57 orang peserta dari pelbagai bangsa dan negara. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penaja, sukarelawan dan rakan-rakan Malaysia di Perth dalam menjayakan acara ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 dan Hari Malaysia.
Keputusan bagi Kejohanan Golf ini adalah seperti berikut:
Kategori lelaki
Juara: Tuan Rahim
Kedua: Encik Soonie Chai
Ketiga: Encik Evin Yeoh
Kategori wanita
Johan: Puan Normi
Kedua: Puan Wenelisa
Ketiga: Puan Daisy
Kategori lelaki junior
Juara: Encik Ilyas
Kedua: Encik Keshvar
Ketiga: Encik Lucas
Kategori negeri
Juara: Pasukan Borneo (Mr. Dean & Mr. Ilyas)
Kedua: Pasukan Melaka (Mr. Rahim & Mr Joseph)
Ketiga: Pasukan Selangor (Mr. Evin Yeoh & Darren S)