Archives Archives

Back

Semarak Maulidur Rasul di Perth - 2 & 3 December 2017

 

 

 

SEMARAK MAULIDUR RASUL DI PERTH

2 - 3 DISEMBER 2017

 

 

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang dirayakan pada 1 Disember 2017, pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh beberapa pihak di Perth bagi menyemarakkan sambutan tersebut. Persatuan Melayu Australia Barat (Malay Association of Western Australia) telah mengundang Bro Firdaus Wong, seorang pendakwah mualaf yang terkenal yang telah mengadakan dua sesi ceramah di sebuah restoran di Perth serta di Al-Hidayah Centre di Wangara. Manakala, Islamic Association of Wanneroo pula telah mengundang Ustaz Razif Fuad dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengadakan ceramah di Masjid Al-Majid di Hepburn. Ketiga-tiga program tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dari masyarakat melayu Islam di Perth dan kawasan sekitarnya.

 

Bagi meraikan kehadiran kedua-dua pendakwah tersebut, Konsulat Jeneral telah turut menghoskan satu majlis makan malam di mana satu sesi diskusi panel telah diadakan membabitkan kedua-dua jemputan khas dari Malaysia itu. Sesi tersebut telah diperantarakan oleh Ustaz Azizi Khalid yang menetap di Perth. Seramai 100 orang tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Program ringkas serampang dua mata tersebut diadakan bagi menyantuni tetamu yang bertandang ke Perth serta rakyat Malaysia yang berada di sini.