Archive Archive

Back

PRESS STATEMENT BY THE HONOURABLE DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA ON THE FORMAL ESTABLISHMENT OF THE ASEAN COMMUNITY ON 31 DECEMBER 2015

PRESS STATEMENT BY

THE HONOURABLE DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN

MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS OF MALAYSIA

ON THE FORMAL ESTABLISHMENT OF THE ASEAN COMMUNITY

ON 31 DECEMBER 2015

 

 

Today, 31 December 2015, marks another significant milestone in ASEAN’s history as it is the day the ASEAN Community is formally established. The ASEAN Community was launched by the ASEAN Leaders during the 27th ASEAN Summit and Related Summits on 22 November 2015 in Kuala Lumpur.

 

As Chairman of ASEAN, Malaysia, with the strong support and cooperation from the other ASEAN Member States, had successfully fulfilled its two main deliverables, namely to ensure the completion of the remaining action lines of the Roadmap for an ASEAN Community (2009-2015); and to develop the ASEAN Community’s Post-2015 Vision – ASEAN 2025: Forging Ahead Together – that charts the way forward for ASEAN in the political-security, economic and socio-cultural community pillars over the next 10 years.  It has, therefore, been an honour for Malaysia to be the Chairman of ASEAN, at a time when ASEAN embarks on a new era.

 

Malaysia recognises that the coming into being of the ASEAN Community does not mean that it has arrived towards the end of the community building process. In fact, this is just the beginning. Greater awareness of the ASEAN Community and involvement in the community building process by its peoples are vital in making the ASEAN Community a success.

 

Malaysia warmly welcomes the establishment of the ASEAN Community and reiterates its unwavering support to further deepen the community building and regional integration process and to implement the commitments made under the ASEAN 2025: Forging Ahead Together.

 

 

MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS

PUTRAJAYA

 

31 DECEMBER 2015

 


KENYATAAN AKHBAR

YB DATO’ SRI ANIFAH HJ AMAN

MENTERI LUAR NEGERI, MALAYSIA

MENGENAI PENUBUHAN KOMUNITI ASEAN SECARA RASMI

PADA 31 DISEMBER 2015

 

 

Hari ini, 31 Disember 2015, mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam lipatan sejarah ASEAN kerana ia merupakan hari penubuhan secara rasmi Komuniti ASEAN. Komuniti ASEAN ini telah dilancarkan oleh para Pemimpin ASEAN semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan pada 22 November 2015 di Kuala Lumpur.

 

Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini Malaysia, dengan sokongan dan kerjasama padu daripada Negara-Negara Anggota ASEAN yang lain, telah berjaya menyempurnakan dua keberhasilan utamanya, iaitu untuk memastikan pelaksaanaan baki garis tindakan Pelan Tindakan Komuniti ASEAN (2009-2015); dan untuk memuktamadkan Visi Komuniti ASEAN Pasca-2015 – ASEAN 2025: Bersama Maju ke Hadapan – yang merangka hala tuju ASEAN untuk tonggak-tonggak komuniti politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya bagi 10 tahun akan datang. Malaysia amat berbesar hati atas kejayaan memikul tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN, pada masa ASEAN memulakan era barunya.

 

Malaysia sedar bahawa penubuhan Komuniti ASEAN tidak bermakna bahawa proses pembangunan komuniti ini telah selesai. Malah, ini hanyalah permulaan. Kesedaran mendalam mengenai Komuniti ASEAN dan penglibatan warga ASEAN dalam proses pembangunan komuniti ini adalah amat penting bagi menjayakan Komuniti ASEAN.

 

Malaysia mengalu-alukan penubuhan Komuniti ASEAN ini dan akan terus memberi sokongan padu dalam usaha untuk terus memperkukuhkan proses pembangunan komuniti dan integrasi serantau, dan dalam melaksanakan komitmen yang telah dinyatakan dalam dokumen ASEAN 2025: Bersama Maju ke Hadapan.

 

 

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

PUTRAJAYA

 

31 DISEMBER 2015