Archive Archive

Back

WORKING VISIT OF YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PRIME MINISTER OF MALAYSIA TO ISTANBUL, TURKEY FOR THE 13th SESSION OF THE ISLAMIC SUMMIT CONFERENCE

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia, will lead Malaysia’s delegation to the 13th Session of the Islamic Summit Conference (OIC Summit), which will be held in Istanbul, Turkey on 14-15 April 2016. YAB Prime Minister will be accompanied by YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor as well as YB Dato’ Sri Anifah Aman, Minister of Foreign Affairs of Malaysia and senior government officials. 

 

The Summit, which is held every three years, will be preceded by two preparatory meetings namely, the Council of Foreign Ministers Meeting and the Senior Officials Meeting which will be held on 12-13 April 2016 and 10-11 April 2016, respectively. It will deliberate and set policy direction on all issues pertaining to the attainment of the Organization’s objectives. With the theme ‘Unity and Solidarity for Justice and Peace’, this Summit underscores the paramount importance of unity and sol?dar?ty of the OIC Member States towards resolving current challenges faced by the Muslim world. The Summit is expected to also outl?ne measures ?n the outcome documents for ?mplementat?on by the OIC Member States, for the betterment of the Member States and the Ummah.

  

As one of the founding members of the OIC, Malaysia’s participation in the Summit demonstrates its strong commitment to cont?nue to play an active role in the Organisation and contr?bute to the progress and well-be?ng of the Ummah.

 

--------------------------------------------------------------------------------------

 

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Ke-13 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (Sidang Kemuncak OIC), yang akan diadakan di Istanbul, Turki pada 14-15 April 2016. YAB Perdana Menteri akan diiringi oleh YABhg. Datin Sri Paduka Rosmah Mansor, serta YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

 

Sidang Kemuncak OIC, yang diadakan setiap tiga tahun sekali, akan didahului dengan mesyuarat-mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan, yang diadakan pada 12-13 April 2016 dan 10-11 April 2016, masing-masing. Sidang Kemuncak ini akan meneliti dan menetapkan hala tuju polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian OIC. Bertemakan “Perpaduan dan Kebersamaan untuk Keadilan dan Keamanan”, Sidang Kemuncak ini menekankan betapa pentingnya perpaduan dan kebersamaan negara-negara anggota OIC dalam menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh dunia Islam. Sidang Kemuncak ini dijangka akan menggariskan pendekatan-pendekatan menerusi dokumen-dokumen akhir agar dapat dilaksanakan oleh negara-negara anggota OIC, untuk kebaikan negara-negara anggota dan Ummah.


Sebagai salah sebuah negara pengasas OIC, penyertaan Malaysia di Sidang Kemuncak ini membuktikan komitmen utuh negara bagi meneruskan peranan aktif di dalam OIC serta menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan Ummah.

 

 

Putrajaya

12 April 2016